Rabu, 16 April 2014

comeback :-D

Assalamualaikum pada semua yang beragama islam dan selamat sejahtera pada yang bukan.. :-)

Rasanya dah lama sangat saya tak menulis di sini kan :-)

Maafkan saya pada yang mengikuti..haha..perasan j lebih kan..

Tak kisah la.. Saya cuma nak kata yang hari tu saya bz sikit and tak sempat nak update selalu..
Dan sekarang, guess what..saya tengah cuti..and, cuti panjang pula tu..so..
I'll try my best untuk selalu menulis kat sini..
Menulis pun actually salah satu cara saya nak release tension n bosan di hati..
Almaklumlah sejak menjak menyandang jawatan penganggur ni..
Duduk rumah ja..
So boleh jadi gila kalau tak buat macam ni..sebab bosan..

:-)


Janji Ditepati

**Ini adalah bab 2 dari novel yang saya post dulu**

Trutututut. Terdengar getaran dari telefon bimbit Dina di atas meja. Dina yang sedang mengulangkaji pelajarannya tersentak. “Siapa pula yang hantar mesej ni?” fikir Dina sendirian. Dina membaca mesej sekali lalu. Mesej dari Shamill mengatakan dia sudah memutuskan hubungan dengan kekasihnya. 

“Macam mana boleh clash? Apa lagi yang korang gaduhkan ni?” balasan dari Dina. 

Trututut. 

Tak tahu. Dia kata dia bosan. Dia kata aku tak care fasal dia. Dia kata aku dah tak sayang dia.” Bunyi balasan mesej Shamill. 

Biarkan saja. 2,3 hari lagi elok lah tu. Ada yang mengganggu fikiran dia agaknya. Sabar ya. Perempuan memang macam tu sikit. Kau kena faham.” Dina cuba menenangkan Shamill. 

Aku dah penat sabar dengan dia. Aku bosan. Tiap kali dia stress dia tarik aku supaya stress sekali. Mintak clash la, apa la. Dia ingat aku ni apa? Baju? Time nak datang kat aku. Time benci buang aku jauh-jauh. Sedap je. Ingat aku tak ada hati ke? Senang-senang kata aku tak care, tak sayang. Dia nak aku buat apa lagi untuk tunjuk aku sayang kat dia? Tak cukup lagi apa yang aku buat untuk dia selama ni? Aku buntu. Aku letih. Aku sakit. Amat sangat.” Panjang lebar aduan dari Shamill. 

“Kau ni Mill. Macam perempuan. Macam tu pun nak pening. Selama ni kata kat aku lelaki ni tenang. Tak emosional. Tapi aku tengok kau ni macam hati gadis. Sikit-sikit nak sedih. Sikit-sikit nak stress. Pekehe ni bro?” provoke Dina untuk menguatkan hati Shamill. 

“Fine! Aku hati gadis. Kau tak nak dengar luahan hati aku cakap je la. Tak payah perli aku. Ingat aku tak ada perasaan ke?” rajuk Shamill. 

“Bukanlah. Aku nak suruh kau kuat. Tahan marah. Takat marah sikit kau tak boleh tahan, macam mana nak jadi ketua keluarga nanti? Ni baru dugaan kecil. Kau kata kau sayang dia. Kalau dah kahwin nanti lagi banyak dugaan yang kau kena tempuh. Masa tu lagi banyak benda yang akan buat dia rasa kau tak sayang dia. Kalau dia kata macam tu, maknanya dia nak kau pay more attention kat dia. Tapi tak lah untuk seumur hidup. Waktu dia mintak tu, kau bagi je la. Ni tak. Banyak bunyi pula. Mana la dia tak merajuk.” Terang Dina berserta ceramah free untuk Shamill. 

Ewahhh. Senang kau cakap. Pandai sangat nak bagi nasihat kat orang? Ingat hati aku ni batu ke tak boleh terusik langsung? Ketua keluarga la bagai. Bercinta pun tak pernah. Konon nak lecture aku . Sudah lah kau.” Balas Shamill. 

“Terima kasih Shamill. Baru aku tahu apa pandangan kau sebenarnya kat aku. Aku cuba membantu. Nak bagi kau sedar dan jadi lebih kuat. Sorry if i’m wrong. Thanks for being close friend of mine. And sorry cause I’ve caused so much trouble in your life.” Dina membalas mesej Shamill dengan ayat yang ringkas. 

Selepas itu, Dina terus sahaja mengsetkan telefon bimbitnya dalam mode off. Orang macam tu tak perlu dilayan. Buat habis tenaga saja. Dina terus melanjutkan ulangkajinya yang terbantut tadi. Jam menunjukkan pukul sebelas malam. Dina bangkit mengemas meja belajarnya dan menuju ke arah katil. Telefon bimbitnya kembali diaktifkan. Meluru pesanan-pesanan ringkas yang dihantar ketika telefon bimbitnya tidak aktif masuk. 15 pesanan semuanya. Hampir semuanya dari Shamill. Ucapan maaf yang bertalu-talu dihantar. Dina hanya menggelengkan kepala, berfikir bila akan sampai sahabatnya itu akan berubah. Dina tidak membalas mesej tersebut sebaliknya terus masuk tidur. Lagi lama dia berfikir tentang Shamill tidak tidur lah jawapannya. Hal Shamill tidak akan pernah habis.

“Dina, please. Wait for me. I’ve something to say.” Pinta Shamill. 

“I’m sorry Shamill. I’ve nothing to listen from you.” Jawab Dina tanpa memperlahankan langkah. 

“Dina, please.” Rayu Shamill sambil menarik lengan Dina. Dina terperanjat, lantas menarik lengannya dari genggaman tangan sasa Shamill. 

“Apa yang kau nak? You have 10 seconds. Aku tak banyak masa.” Kata Dina.

“I’m so so sorry. Never meant to say that.” Shamill memulakan penjelasan. 

“Nope. We have a deal. I don’t know if you still remember, but I know I do. I have to keep my promises. I’ve to go now. Bye.” Jawab Dina. 

Malas memikirkan Shamill yang sering begitu. Janji yang di buat 29 hari yang lalu masih terkenang-kenang. Pada mulanya Dina rasa bertuah kerana Shamill berjaya behave untuk 28 hari setelah janji dibuat. Tetapi malam tadi semuanya hancur. 

“You’re making this harder for me.” Jerit Shamill setelah kata-katanya ibarat angin lalu di telinga Dina. 

“As if I care.” Jawab Dina cuba menguatkan hatinya sendiri. Dina terus melangkah walaupun separuh dari hatinya menyuruh agar dia berpaling dan membincangkan hal ini dengan Shamill. 

“Wahai hati. Tolonglah kuat kalau kau tak nak sakit.” Pinta Dina lirih pada hatinya sendiri. Dina mencapai telefon bimbitnya apabila terasa getaran dari beg yang disandangnya. Panggilan masuk dari Shamill. Terus di matikan. Kalau dibiarkan dia yakin hatinya akan berbelah bahagi. Dina duduk di kerusi yang sering di tempatinya sewaktu kelas. Otaknya ligat berfikir apa yang akan dia lakukan sekiranya Shamill datang lagi mencarinya.

Shamill terus memikirkan cara terbaik untuk mengajak sahabatnya berbincang. Sudah pelbagai cara yang dia lakukan. Tapi semuanya tidak mendatangkan hasil. Setahu Shamill hati Dina tidaklah sekeras mana. Selalu akan lembut hati setelah dipujuk. Tapi nampaknya kali ini, Dina begitu bertegas. Bercakap pun tak nak. Kepala Shamill mula berdenyut. Nampaknya migraine yang sudah lama tidak bertandang mula menunjukkan tanda ingin datang menjenguk. Bertanya khabar. Shamill memicit perlahan kepalanya. Otaknya ligat berputar. Selagi masalahnya yang satu ini tidak selesai dia tidak akan berhenti. Semakin Shamill ligat berfikir, semakin sakit dirasakannya. Tiba-tiba dia merasakan dunia ini berputar, semakin laju. Dadanya terasa sempit dan amat perit. Shamil tercungap-cungap cuba menghela nafas dengan kudrat yang tinggal. Pelajar lain di kelilingnya pelik apabila Shamill tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri. Farah yang kebetulan ada di situ terus bangkit menghampiri Shamil dan cuba menyedarkan Shamill, namun usaha Farah tidak berhasil. Farah terus memanggil ambulans untuk memberi bantuan kepada Shamill. Sementara menunggu kedatangan ambulans, Farah cuba memberi pertolongan awal selayaknya. Mujurlah tidak perlu lama menunggu. Shamill segera dikejarkan ke hospital terdekat. Farah segera menghubungi Dina untuk mengkhabarkan keadaan Shamill. Pada mulanya Dina tidak ingin percaya dan menganggap Farah berpakat dengan Shamill. Namun setelah Ain dan Dahlia pun menyatakan perkara yang sama, Dina bingkas bangun dan  bersiap-siap. Nasib baik kelasnya untuk hari itu telah tamat. Pantas Dina mengatur langkah. Hatinya dipagut kebimbangan. Apa yang terjadi pada Shamill? Dina tidak dapat menghalang fikiran-fikiran buruk tentang nasib Shamill dari datang singgah ke akal sihatnya. Hati Dina semakin resah. Dina tidak nampak kereta yang menuju ke arahnya. Terlupa seketika ajaran ayahnya sewaktu dia kecil. Lihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas. Hasilnya Dina terpelanting dilanggar kereta tersebut. Darah mengalir laju dari kepala Dina yang terluka. Nasib Dina baik kerana pemilik kereta yang melanggarnya bertanggungjawab. Dina diangkat dan dibawa ke hospital.

Sementara itu, Farah mulai bimbang kerana Dina tak kunjung tiba. Begitu juga dengan Ain dan Dahlia. 

“Mana Dina ni? Kata nak datang lepas habis kelas? Siti Hajar ni bukan jauh pun dari FK tu.” Tanya Dahlia pada teman-temannya. 

“Aku pun terfikir benda yang sama la Lia. Macam mana kalau ada perkara buruk yang terjadi pada dia?” Tanya Ain pula. Farah diam berfikir. 

“Mana kau ni Dina?” bisik Farah dalam hati. 

“Sekejap ya. Aku cuba call dia. Tanya kenapa.” Kata Farah sambil bangun menuju keluar bilik wad Shamill. Jari-jari runcing Farah pantas menari di pad kekunci Blackberry miliknya membuat panggilan. Terdengar deringan di hujung talian tapi tidak disambut. Farah mengeluh. 

“Macam mana ni?” Farah sedang berfikir sewaktu Blackberry miliknya berdering. Segera diangkat kerana panggilan itu dari Dina. 

“Hello Assalamualaikum. Dina! Mana kau? Kata nak datang. Shamill tak sudah-sudah meracau panggil nama kau ni kau tau tak? Sampai hati kau buat dia macam ni. Kalau ye pun dia buat salah kat kau jangan la dera dia macam ni. Dia betul-betul sakit kau tau tak. Bukan main-main.” Leter Farah panjang sebelum sempat Dina bersuara. 

“Cik Farah, maafkan saya. Saya Faizal. Cik Irdina ni kawan awak ke?” Tanya Faizal. Farah terkedu. 

“Faizal? Faizal mana pula ni?” fikir Farah. 
“Faizal? Dina takde kawan yang nama dia Faizal. Kau ni siapa? Apa kau dah buat kat Dina?” tanya Farah bertalu-talu. 

“Sebelum saya terangkan perkara yang sebenarnya, saya ingin minta maaf dulu. Macam ni cik. Tadi saya terlanggar Cik Irdina. Sekarang kami di rumah sakit Adam Malik. Doktor sedang berusaha menyelamatkan Cik Irdina.” Terang Faizal. 

“Apa? Macam mana keadaan dia?” Tanya Farah sangat terkejut. 

“Macam saya katakan tadi, doctor sedang berusaha untuk menyelamatkan nyawa Cik Irdina. Kalau cik Farah tak keberatan, boleh cik Farah datang ke sini dan memberi beberapa maklumat tentang diri cik Irdina.” Pinta Faizal sopan. 

“Baiklah. Saya akan menuju ke sana sekarang.” Balas Farah. Farah bergegas masuk ke dalam bilik wad Shamill dan memaklumkan dua lagi temannya tentang keadaan Irdina. Ain dan Dahlia bersetuju untuk menemani Shamill sehingga Shamill kembali sedar. Manakala Farah bergegas ke Rumah Sakit Adam Malik dengan ditemani Syazwan yang kebetulan baru sahaja tiba sewaktu Farah cuba menghubungi Dina tadi. Ikhwan baru sahaja tiba sewaktu Farah dan Syazwan pergi menjenguk Irdina. Ikhwan terpinga-pinga melihat wajah Farah yang berkerut, seolah-olah merisaukan sesuatu. Dia tidak sempat menanyakan keadaan Shamill kerana Farah dan Syazwan bergerak terlalu pantas. Ikhwan berlari menuju ke wad di mana Shamill ditempatkan.

“Dahlia, kenapa dengan Farah dan Syazwan tu? Muka ketat semacam je. Shamill tak apa-apakan?” tanya ilkhwan sebaik sahaja sampai. 

“Tak. Alhamdulillah Shamill cuma pengsan sebab serangan migraine saja. Lepas berehat dia akan ok. Si Farah dengan Syazwan tu berkerut sebab Dina accident tadi. Waktu dia nak datang ke sini. Sekarang dia kat RS Adam Malik. Farah dan Syazwan nak pergi tengok keadaan diorang la. Mujur hari ni kelas saja. Buatnya ada lab ke tutorial ke, tak ke haru.” Terang Dahlia panjang lebar. 

“Astaghfirullah. Macam mana boleh accident pula?” tanya Ikhwan lagi. 

“Entah la. Tak sempat pula nak tanya pada Farah tadi. Kami terlalu terkejut dengar berita tu.” Jawab Ain pula. 

“Nanti balik baru korek cerita ngan Farah. Biar dia uruskan Dina dulu.” Sambung Dahlia lagi. 

“Si Shamill ni pula bila nak sedar?” tanya Ikhwan lagi. 

“Entah. Tunggu la sekejap lagi. Kata doctor si Shamill ni banyak berfikir dan tak cukup rehat. Sebab tu pengsan. Bagi la dia rehat cukup-cukup. Baru kita tanya dia detail semua ya. Aku dengar dia gaduh dengan Dina pagi tadi. Sebab tu agaknya.” Jelas Ain.

Allahu Akbar..Allahu Akbar..” 

Azan kedengaran sayu mengajak seluruh umat Islam menunaikan solat fardhu Maghrib. Ain, Farah dan Dahlia masing-masing bergegas menuju ke bilik air untuk mengangkat wudhu’ dan menyucikan diri. Mereka solat maghrib  secara berjemaah di bilik Farah. Usai solat maghrib mereka sambung dengan solat hajat. Memohon agar kedua-dua sahabat mereka segera sembuh. Kemudian diteruskan lagi dengan bacaan surah Yaasin dan ditutup dengan solat fardhu Isya’. Setelah selesai semua, mereka berbincang tentang keadaan Irdina. 

“ Macam ni. Selepas accident tu Dina terus tak sedarkan diri. Doctor ada buat MRI dan jumpa ketulan darah beku di otak dia. Buat masa sekarang Dina masih belum sedarkan diri. So, tak boleh nak buat keputusan seterusnya. Kena tunggu dia sedar, tengok fungsi otak dia terganggu atau tak, dan baru boleh discuss dengan dia apa nak di buat dengan ketulan darah tu. Tadi aku nak tunggu dia. Tapi doctor tu beria-ia kata kat aku waktu melawat dah habis. Esok baru boleh datang jenguk dia lagi. Tapi aku ada minta surat keterangan sakit dari doctor. Ni dia. Aku dah fotostat. Esok pagi Ain tolong bagi kat MEU dan lampirkan kat attendance list ok. Esok after kelas kita jenguk dia lagi.” Kata Farah. 

“Esok after kelas aku ada lab farmako la sayang. Korang pergi dulu ya. Nanti after lab aku pergi.” Kata Dahlia. 

“Okey. Kita pun tak boleh la nak skip aktiviti kan?” jawab Ain tenang. Usai perbincangan ringkas mereka terus ke meja belajar masing-masing dan mula mengulangkaji pelajaran. Seperti biasa tepat jam 1.00 WIB mereka menuju ke katil masing-masing. Bersiap-siap untuk tidur. Dan farah pula seperti malam-malam sebelumnya, membuka diari kesayangannya dan mula menulis.


To my dearest Mr.D..
Hari ni macam-macam berlaku. Sangat kelam kabut. Mana taknya., Shamill tiba-tiba tergolek. Dina pulak accident waktu nak pegi jenguk Shamill. Mujurlah orang yang langgar dia bertanggungjawab dan tolong hantar ke hospital. Kalau dia tinggal je memang nak kena la. Hmm..nak tau tak...aku pun tak tahu kenapa. Masa nampak Shamill tergolek tu, aku sangat risau. Takut kalau dia mati. Aku kalau boleh tak nak berganjak dari dia tadi. Apakan daya Dina pun tak sihat. So, kena la pegi jenguk. Masa dengar dia meracau-racau sebut nama Dina tadi pun tiba-tiba ada satu bahagian kat dada aku ni yang terasa sangat sakit. Perit. Macam kena cucuk. Memang tak sangka boleh rasa macam tu. Tak faham la. Apa tu ya? Hmm.. tak nak la fikir macam-macam. Baik tidur kan? Lewat dah ni. Ada yang tak bangun subuh ni nanti. Esok dah la kelas pagi. Hmm... Nyte ye sayang..Luv u...
5 Oktober 2006.

Farah menutup diarinya dan baring untuk melelapkan mata. Selimutnya ditarik hingga menutupi bahagian dada, membaca doa tidur, surah tiga Qul, ayat kursi dan menutup mata. Farah membuang segala fikiran yang tak perlu dan langsung tidur. Dalam tidurnya Farah bermimpi bertemu seorang pemuda yang tak dikenalinya. Wajah lelaki itu sangat bersih dan terasa bercahaya. Segala kerisauan yang menghurung fikirannya terasa terbang. Pergi entah ke mana. Hatinya menjadi tenang. Tenang yang teramat. Lelaki itu tidak berkata walaupun sepatah. Dia cuma menghulurkan sekeping kertas kepada Farah. Farah memandang kertas di tangannya dengan rasa hairan. Farah ingin bertanya namun lelaki itu sudah tiada ketika dia mengangkatkan kepala. Farah cuba mencari, tetapi ketika itu juga Farah terjaga dari tidur. Farah beristighfar sebanyak 3 kali. Farah cuba menyambung kembali lenanya namun terhenti apabila dia terasa sesuatu di tangannya. Jantung Farah berdenyut kencang apabila kepingan kertas yang sama seperti dalam mimpinya. Farah membuka lipatan kertas itu dan membaca tulisan yang tertera. Farah terkedu, berfikir panjang. Cuba memahami apa maksud tersirat di sebalik mimpinya dan kata-kata yang ada pada kertas yang diterimanya. Farah berbaring merenung siling biliknya.

“Farah, bangun. Solat subuh.” Kata Ain sambil menggerakkan kaki Farah. 

“Hmm. Aku dah bangun dah ni. Bilik air ada orang tak?” tanya Farah pada Ain. 

“Takde. Line clear. Pergi ambil wudhu’ sana.” Arah Ain lagi. 

“Iyalah makcik. Banyak betul membebel. Pagi-pagi lagi dah bising.” Jawab Farah selamba. 

“ Kau tu kalau aku tak buat macam ni entah pukul berapa kau nak bangkit. Tak elok tau tak bangun matahari dah tinggi. Mak aku kata nanti rezeki semua lari. Lagipun kan tak elok selalu kena qada’ subuh. Betul tak?” bebel Ain lagi. 

“Yalah. Kau menang. Dah. Jangan nak banyak bunyi lagi. Aku nak angkat wudhu’ ni. Tak payah kemas la telekung kau ye. Aku malas nak guna telekung aku.” Pesan Farah. 

“ Okey, no probs.”  Jawab Ain ringkas dan bersiap untuk menunaikan solat Subuh. 

Mereka bersiap-siap untuk pergi ke kelas selepas selesai solat Subuh. Cuba menumpukan seluruh perhatian pada pengajaran untuk hari itu, sama seperti hari-hari yang lain. Tangan Farah lincah mencatat apa yang patut, yang dirasakan antara kata kunci dan yang bakal ditanyakan dalam peperiksaan. Begitu juga pelajar-pelajar lain. Selesai sesi kelas untuk hari itu, Farah menyusun langkah pantas menuju kelas Ain sebelum melawat Dina. Syazwan tidak dapat ikut serta kerana dia juga masih ada sesi seperti Dahlia. Mereka dalam satu kelompok praktikum. Dia akan datang  melawat Irdina bersama Dahlia setelah tamat praktikum. Farah dan Ain menahan angkut, sejenis pengangkutan awam di Indonesia. Setibanya di RS Adam Malik mereka terserempak dengan Faizal, lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan Dina terlantar di hospital sekarang ini. Faizal menyapa mereka dengan ramah dan memberitahu tujuan kunjungannya. Dina sudah sedar namun fikirannya sedikit terganggu akibat ketulan darah beku di otaknya. Farah dan Ain terus menuju ke wad yang menempatkan Dina;mahu melihat sendiri keadaan Dina. Faizal meminta diri kerana dia masih ada urusan lain yang perlu diselesaikan. Mereka meneruskan perjalanan dengan haluan masing-masing. 

“Dina, kau ok ke?” Tanya Farah sejurus saja Dina membuka mata. 

“Hmm.. Aku ok. Cuma still pening-pening sikit.” Jawab Dina sambil tersenyum. 

“Bila kau mula sedar ni?” tanya Ain pula. 

“Pagi tadi. Terkejut juga aku bila sedar-sedar terbaring kat hospital macam ni. Takde sesiapa dengan aku pula tu. Terus je aku panggil akak nurse tu and dia yang explain kat aku apa yang terjadi. Tak lama lepas tu lelaki tu sampai. Dia kata nama dia Faizal. Dia minta maaf sebab dia yang sebabkan aku jadi macam ni. Betulkah? Aku serius tak ingat apa-apa. Yang aku tau aku nak melintas jalan depan FK tu sebab nak pergi Siti Hajar. Lepas tu macam ada benda kena kaki aku. Then, aku dah tak ingat apa-apa lagi dah.” Jelas Irdina panjang lebar. 

“Hmm.. betul la agaknya. Dengan kita orang pun dia kata dia terlanggar kau masa kau tergesa-gesa nak melintas jalan. Tengok kau tak sedar terus dia mintak driver dia hantar kau kat hospital terbaik kat sini. Driver tu pun tolong bawak dia dan kau ke sini. Semua urusan hospital kau jangan risau. Aku dah settlekan. Surat cuti sakit kau pun aku dah bagi kat MEU. Mujurlah tak ada apa-apa. Doktor kata ada darah beku kat kepala kau. Dia kata kena operate kalau nak buang. Macam mana?” tanya Farah. 

“Hish. Tak nak aku. Nanti dia cukur rambut aku. Penat aku simpan rambut ni bagi panjang tau.” Jawab Irdina. 

“Itu je yang kau fikir? Kau ni memang senget la. Lagi satu, aku dah bagitahu pada parents kau. Memandangkan kau tak sedar semalam, aku terpaksa korek phone kau untuk cari number diorang. Petang ni diorang sampai. Aku dah mintak Bang Dian untuk jemput mereka kat airport. Shamill temankan Bang Dian. Dia kenal parents kau kan?” Jelas Ain pada Irdina. 

“Shamill? Shamill mana ni?” tanya Irdina bingung. 

“ Shamill Irwan la. Shamill mana lagi? Jangan kata kat aku kau nak balas dendam kat dia sebab dia punca kau terlantar macam ni ya.” Jawab Farah. 

“Shamill? Sebab aku ada kat sini? Bukan Faizal tadi ke yang langgar aku? Kalau Shamill tu sebab aku kat sini, Shamill tu siapa pula? Driver dia ke? Sekejap. Aku tak ingat kenapa aku nak pergi Siti hajar waktu tu. Kenapa ya?” tanya Irdina lagi. 

Farah dan Ain saling berpandangan. Hairan. 

“Kau ingat kami tak Dina?” tanya Ain cuba menguji ingatan Dina. “Ain, mana la kau fikir soalan lawak ni. Kenapa pula tak ingat. Korang kan best friend aku. BFF. Macam mana boleh lupa? Eh, lama kita borak. Mana si belangkas Dahlia dengan Ikhwan? Syazwan cinta hati kau pun takde ni Farah? Mana dia orang? Sampai hati tak melawat aku.” Bebel Irdina. 

Farah makin bingung mendengar kata-kata Irdina. 

Semua orang dia ingat. Macam mana dia boleh tak ingat budak bertuah tu? Pelik la aku.” Bisik hati Farah. 

“Syazwan tu bukan cinta hati aku la bongek. Bukan kau ada best friend lagi seorang ke? Kenapa kau tak sebut nama dia? Kenapa kau tak cari dia?” Tanya Farah bertalu-talu.  

“Best friend lagi seorang? Siapa? Jangan la takutkan aku weyh. Korang je best friend yang aku ada. Siapa lagi seorang?” balas Irdina. 

“Betul kau tak ingat dia? Kau jangan main-main Dina,” kata Ain. 

“Aku tak main-main la.” Tegas Irdina. 

Ain bangkit menuju ke bilik doktor yang bertugas merawat Irdina. Mengharapkan penerangan perubatan berikutan memori aneh Irdina. 

“Macam mana Irdina tidak ingat langsung fasal Shamill sedangkan Shamill dengannya ibarat isi dan kuku? Kalau Shamill tu perempuan macam dia dan Farah dah tentu Shamill tu duk sekali dengan mereka. Sebegitu rapatnya perhubungan Shamill dan Irdina. Tapi secuit pun memori tentang Shamill tiada padanya. Bagai debu-debu halus yang dihembus angin.” Otak Ain ligat berfikir. 

Cuba mengaitkan apa yang telah dipelajari sebelum ini dengan apa yang terjadi. Kelihatan seperti mustahil. Sampai sahaja di bilik doktor tersebut Ain menerangkan segala-galanya. Doktor tersebut mengangguk tanda faham dan bangkit menuju wad Irdina untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Pemeriksaan itu bertujuan untuk mengenal pasti bahagian mana yang terganggu pada otak Irdina. Setelah doctor melakukan pemeriksaan pada Irdina, doctor tersebut berasa hairan. Katanya darah beku di otak Irdina mulai mengecil. Mungkin telah terjadi natural regression katanya. Apa yang doctor itu tidak faham adalah bagaimana hanya satu bahagian dari memori Irdina yang terganggu. Seharusnya kalau telah sampai ke tahap ini tidak ada gangguan pada memori Irdina. Kes sebegini sangat jarang di temui. Tapi, menurut kata doctor, kemungkinan bahagian memori yang itu adalah memori yang pahit dan sangat ingin dilupakan oleh Irdina. Jadi otak Irdina telah bertindakbalas menekan memori tersebut sehingga terjadinya kejadian seperti ini. Ain mengangguk tanda faham akan penjelasan doctor tersebut. Irdina jadi semakin pelik. 

“Ada juga memori yang pahit dalam fikiran aku sampai jadi macam ni. Tapi kalau aku ingat abah dah tiada, kenapa aku tak ingat this part of my life? Pahit sangat ke? Apa yang lebih sakit dari kehilangan seorang ayah?” Irdina ligat berfikir mencari jawapan kepada persoalan yang bermain di fikirannya. 

Semakin dikerah semakin sakit kepalanya. Pening. Terasa dunia bagaikan berputar. Nafasnya bagaikan tersekat. Irdina tercungap-cungap menarik nafas. Oksigen penting untuk memastikan semua organ dalamannya berfungsi dengan baik. Ain menoleh apabila sedar helaan nafas Irdina tidak seperti biasa. 

“Dina, are you okay? Muka kau pucat semacam ni? Berpeluh-peluh lagi? Nak rest kat katil ke?” tanya Ain. 

Irdina hanya mengangguk perlahan.

 “Doktor, kapan saya bisa pulang? Kayaknya udah lama saya di sini. Saya harus meneruskan kuliah saya doc.” Tanya Irdina pada doctor yang bertugas merawatnya. 

“ Oh, kami perlu menahan kamu untuk semalam lagi. Sekiranya pemantauan sepanjang hari ini tidak menunjukkan komplikasi lainnya, esok kamu udah bisa pulang. Jangan khawatir.” Terang doctor yang bertugas. 

“ Makasih ya doc.” Ucap Ain dan Irdina hampir serentak. 

Farah masih berdiam diri memikirkan logiknya penerangan doctor tersebut sebentar tadi. 

“Farah, kenapa kau diam je? Tak suka ke aku dah boleh balik esok?” Tanya Irdina seakan berjauh hati. 

“ Tak. Bukanlah. Tak mungkin aku tak gembira. Kau ni. Ada ke patut fikir aku macam tu. Jahat sangat ke aku ni?” tanya Farah kembali. 

“Taklah. Mana ada. Dah. Kita semua kena bergembira sebab esok aku dah boleh balik. Luka kat kepala aku ni pun macam dah okey dan tak sakit sangat. Tak sabar nak pergi kelas.” Jawab Irdina. 

Mereka semua mengukir senyuman. Di dalam hati masing-masing mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana semuanya sudah kembali seperti sediakala. Namun di sebalik senyuman di wajah Farah, fikirannya ligat memikirkan cara agar Irdina kembali mengingati siapa sebenarnya insan yang bernama Shamill Irwan tu. 

Shamill mesti sangat sedih bila tahu Dina langsung tidak ingat persahabatan mereka.” Fikir Farah.


Sabtu, 21 September 2013

cinta & sahabat pt 2

Ini adalah sambungan bagi entry yg dulu tu..

“Dina, aku nak tanya sesuatu ni. Boleh tak?” tanya Shamill dengan suara yang cukup perlahan. Menahan perasaan. “Apa dia?” tanya Dina kembali. “Kau dah tak nak kawan aku lagi ke?” suara Shamill kedengaran tertahan-tahan. Shamill menunduk. Bergetar hatinya menanti kata jawapan dari Dina. Takut seandainya jawapan yang keluar tidak seperti yang diharapkan. “Hmm. Kau dah besar Shamill. Fikirlah apa yang aku cakap tadi. Aku cuma sangat berharap kau akan berubah sebelum aku betul-betul dah tak mampu nak tahan dengan perangai kau yang suka ambil mudah semua perkara. Hidup tak pernah mudah Shamill. Bila kita buat salah, yes, memang kita akan mohon maaf. Tapi maaf tu dengan tekad kita tak kan ulang lagi kesalahan tu. Kalau sekadar kau minta maaf lepas tu kau ulang lagi berkali-kali, baik tak payah minta maaf. Sabar manusia tu ada batasnya Shamill. Memang nabi ampunkan umat dan Allah sentiasa mengampunkan hamba-Nya. Tapi aku tak seagung Tuhan kita yang Maha Pemurah yang mampu nak tahan semua perangai buruk kau. Dan hati aku tak semulia Nabi Muhammad.” terang Dina panjang lebar. Berharap kefahaman dari temannya itu. “Maaf kalau apa yang aku cakap tadi menyakitkan hati kau. Tapi kalau aku tak bagitahu kau, selamanya kau tak kan tahu perangai kau yang satu ni kadang-kadang buat aku naik gila. Tak tahan nak tanggung sakit hati seorang diri. Kalau kau tak boleh terima apa yang aku cakap tadi dan tak boleh nak berubah, aku tak boleh nak berkawan dengan kau lagi. Maafkan aku. Aku insan lemah.” sambung Dina sebelum Shamill sempat membalas apa yang dikatakannya. 

Shamill mengalihkan pandangannya menatap wajah Dina. Mencari segaris sinar serius di balik wajah cantik Dina. Ternyata dia tidak menemui tanda-tanda yang Dina sedang bergurau. Wajah Dina penuh ketegasan ketika dia menegur perangai Shamill Irwan yang sudah seringkali membuatnya makan hati. Shamill kembali menunduk memikirkan kata-kata sahabatnya tadi. 

“Boleh bagi aku sikit masa? Aku akan cuba. Seandainya kau tengok aku tak berubah, aku takkan halang kalau kau memang betul-betul dah tak boleh tahan nak melayan kerenah aku lagi.” Shamill menjawab setelah mengambil beberapa saat untuk berfikir. “Ok. Aku bagi kau tempoh sebulan. Kalau kau boleh ubah perangai kau, kita tetap akan bersahabat. Tapi seandainya kau kembali pada perangai lama kau lepas sebulan tu, aku tetap akan kotakan janji kita hari ni.” putus Dina. 

Shamill mengangguk dan segera menghabiskan makanan di pinggannya. Mereka beriringan pulang sampai ke pagar Fakultas Kedokteran USU. Setibanya di situ mereka mengambil haluan masing-masing. Dina terus menaiki angkut menuju ke rumah sewanya dan Shamill membelok ke kawasan parking yang disediakan pihak fakulti untuk para mahasiswa yang membawa kenderaan ke kuliah. Shamill menghidupkan enjin Revo yang menjadi tunggangannya sejak di semester kedua dia belajar di situ. Itulah yang menjadi sandarannya untuk ke kuliah. Dia memacu laju motor kesayangannya menuju ke kawasan rumah sewanya. 

Sampai di rumah, Shamill terus merebahkan diri di atas katil yang dibelinya sejak dia berpindah ke situ. Pada mulanya dia hanya bercadang untuk membeli tilam, tetapi apabila bebelan ibunya tidak berhenti-henti mengingatkannya tentang bahaya tidur hanya dengan tilam, dia mengalah. Dia beli juga katil bujang sederhana dengan harga yang berpatutan dengan statusnya sebagai seorang pelajar. Shamill baring dengan perasaan malas. Dia merenung siling rumahnya yang putih bersih. Dia memikirkan apa yang dia harus lalui untuk dapat melayakkan diri masuk ke sebuah fakulti perubatan. Macam-macam dugaan yang ditempuhinya. Terkadang tergugat juga keimanannya dengan dugaan yang tak ada habisnya.

Sampai sahaja di rumah sewanya, Dina terus sahaja menuju ke dapur untuk menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk masakannya hari ini. Beberapa ketul ayam dikeluarkan dari “freezer” yang disediakan oleh tuan rumah. Sementara menunggu ketulan ayamnya menjadi tidak terlalu beku untuk dimasak, Dina masuk ke dalam biliknya dan mengganti pakaian. Dia menuju ke tandas mengangkat wudhu'. Sejurus selepas itu Dina sudah hanyut dalam lautan asmara dengan Tuhannya. Solat merupakan tuntutan yang wajib dilaksanakan setiap insan yang bergelar muslim. Selesai mengerjakan solat Dina duduk sebentar berzikir sebelum memanjatkan doa kepada Tuhannya yang satu. Banyak yang dipohonnya. Salah satunya dia memohon agar dia diberikan kekuatan untuk menunaikan janjinya. Bukan mudah untuk dia menjauhkan diri dari Shamill yang sudah dianggapnya seperti sebahagian dari dirinya sendiri. Jauh dari Shamill bererti membuang sebahagian dari dirinya. Lengkapkah dia sekiranya hal itu benar-benar terjadi? Terkadang sesalan timbul. Bodohkah dia memutuskan perkara ini sebegini? Inikah akhirnya persahabatan antara dia dan Shamill? Ah, walau seribu penyesalan yang datang sudah tak berguna lagi. Janji telah dibuat. Mahu tidak mahu, suka atau tidak dia harus menunaikannya. Dia masih ingat pesan ayahnya. Lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Pantang betul ayahnya sekiranya janji yang dibuat tidak dipenuhi. 

Usai menunaikan janji pada Rabbnya Dina bangkit mengemas telekung dan sejadahnya. Sepasang kakinya diatur menuju ke dapur. Dina bersedia untuk memasak juadah berbuka. Ayam yang dikeluarkannya tadi sudah siap untuk dimasak. Dina pun memulakan tugasnya. Tidak lama selepas itu, masakannya siap dihidang. Hanya menunggu laungan azan dari masjid berhampiran menandakan masuknya waktu maghrib. Dina merenung makanan di atas meja. Ayam goreng dengan sambal belacan dan sayur pucuk ubi masak lemak. Memang menyelerakan. Tidak lupa ikan kering sebagai penambah selera. Lauk-pauk yang cukup sederhana. Tiba-tiba dia terkenangkan keluarganya di rumah. Apalah yang mereka hidangkan diatas meja waktu itu. Perasaan rindu segera membuak-buak hadir dalam hati Dina. Tak sabar mengenangkan dia harus bertahan lebih kurang dua bulan lagi sebelum dapat pulang beraya di kampung halaman. Sehari yang berlalu terasa terlalu lama. Terasa sangat jauh dari keluarga. 

“Allahu Akbar..Allahu Akbar..” laungan azan dari pak bilal mengejutkan Dina dari lamunannya. Segera Dina beristighfar kerana terlalu jauh berkhayal. Dia bangkit menuju sink dan membasuh tangan. “ Ain..Farah..jom berbuka. Apa yang korang buat tu? Tidur lagi ke?” jerit Dina memanggil teman-temannya untuk makan bersama. Hanya Ain yang berpuasa. Farah pula sedang menstruasi. “Hehe. Dah azan ke? Tak dengar la dari dalam bilik kitorang.” kata Ain sambil tersenyum ketika menuruni tangga. “Dah kau tu asyik sangat bercinta. Mana nak sedar pak bilal dah terjerit-jerit azan.” balas Dina. Farah tersengih melihat tingkah laku sahabat-sahabatnya. “ Eh, mana Dahlia? Aku tak nampak dia pun? Dia tak makan sekali dengan kita?” Tanya Farah. “Dia pergi date dengan Ikhwan. Diorang buka puasa di luar. Dia pesan makan dulu. Tapi, simpankan untuk dia sikit. Dia kata nak juga makan masakan rumah.” Ain menerangkan sesuai yang dipesan Dahlia kepadanya. 

“Haha..macam-macam lah dia tu.” Farah tersenyum mengenang sahabat mereka yang sentiasa ada kerenahnya itu. “Hmm..kalau macam tu jom kita makan dulu.” Kata Irdina. Seperti biasa, Ain mengetuai bacaan doa makan dan mereka makan dengan berselera. Usai makan Farah ambil giliran mengemas meja makan untuk memberi laluan kepada kedua-dua sahabatnya menunaikan solat.  Farah mencapai tuala mandinya dan menuju ke bilik air untuk menyucikan diri. Dia sudah boleh mandi wajib malam itu. Mereka kembali berkumpul untuk study group selepas semua orang selesai menunaikan solat Isya’. Dahlia pun sudah pulang dan bersedia untuk mengulangkaji pelajaran. Mereka semua masuk tidur apabila jam di dinding menunjukkan tepat jam 1.00 pagi. Waktu tidur biasa untuk mereka, kecuali jika ada tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar keesokan harinya. Pada waktu sedemikian, mereka akan berjaga lebih lama sehingga tugasan mereka selesai. Cuma Farah yang akan tidur lewat sedikit dari yang lain-lain kerana dia ada tabiat menuliskan semua aktiviti, kejadian yang terjadi pada dirinya dan apa yang dia rasakan dalam diari kesayangannya. Farah seorang gadis yang agak pemalu. Dia malu seandainya sahabat-sahabatnya tahu apa yang dia rasakan. Jadi dia lebih senang andai semua rasanya itu dicurahkan pada sebuah buku yang tidak mengerti apa-apa.

Shamill masih bergadang walau jam sudah menunjukkan jam 2 pagi. Banyak benda yang bermain di fikirannya. Tapi, perkara yang paling utama adalah perbincangannya bersama Irdina petang tadi. Kecut hatinya memikirkan kesudahan perhubungannya dengan gadis itu. Dia masih belum bersedia untuk melepaskan seorang sahabat yang dirasakan sangat memahami dirinya. Dia sedar dia bukanlah seorang sahabat yang baik. Tapi, selama ini Irdina kelihatan begitu sabar melayan kerenahnya dan begitu memahaminya. Dia selalu merasa tenang di sisi Irdina. Dia sendiri tidak faham. Tapi, yang pasti Irdina adalah insan pertama yang akan dia rujuk sekiranya berdepan dengan apa-apa masalah.  Walaupun kadangkala masalah itu tetap tidak dapat diselesaikan tetapi, berbincang dengan Irdina membuat hatinya tenang. Kematangan Irdina dalam menghadapi liku hidup cukup dia kagumi. Bahkan dapat menenangkan orang lain. Memang Irdina seorang gadis yang istimewa. Irdina juga sangat boleh dipercayai. Dia seorang gadis yang amanah. Alangkah ruginya dia seandainya kehilangan seorang teman yang cukup sempurna itu. Minda Shamill terus bergerak. Dia tidak tahu apa yang membuatkan Irdina sakit hati padanya selama ini. Tapi, dia harus berubah. Dia tidak mahu Irdina melangkah pergi dari sisinya. 

Dia masih ingat pertama kali dia mendekati gadis itu. Bukan suatu perkara yang mudah. Irdina gadis yang ramah tetapi tegas. Dia berkawan dengan semua orang tetapi, tidak semua orang boleh masuk dalam lingkungan teman rapatnya. Tidak ramai pelajar lelaki yang ada nombor telefonnya. Irdina lebih suka merahsiakannya. Pada mulanya dia dicabar oleh kawan-kawan serumahnya untuk mendapatkan nombor telefon bimbit Irdina. Habuannya makan percuma selama seminggu. Pertama kali dia menyuarakan hasrat meminta nombor keramat itu, hampir gagal. Soalan yang diajukan Irdina bagaikan sangat tidak ingin nombornya diketahui ramai orang. Mujurlah Shamill terfikir satu alasan kukuh yang dapat dijadikan sandaran. “Kita kan satu kelompok praktikum. Nak tanya apa-apa kan susah kalau tak simpan nombor kau.” Begitu ayat yang dilafazkan. Irdina kelihatan berfikir sejenak kemudian menarik keluar  telefon dari saku beg yang dibawanya pada waktu itu.  “Hmm. Ni nombor telefon aku. Simpan elok-elok. Kalau hilang aku tak bagi lagi. Jangan jual pula nombor aku ni.” Pesan Irdina tegas, kemudian dia menyebut deretan nombor yang membentuk nombor telefon bimbitnya. 

Shamill tersenyum lebar dalam hati membayangkan makanan percuma selama seminggu.  “Hehe. Kalau aku nak jual pun bukan ada orang nak beli. Silap haribulan bagi free pun orang tak nak.” Usik Shamill. Irdina tersenyum.
Shamill tidak sedar bila dia melelapkan mata malam tadi. Seingatnya dia sedang mengenang detik-detik permulaan persahabatannya dengan Irdina. Setelah itu dia tidak tahu apa yang terjadi. Dia lena di buai mimpi sehingga datang teman serumahnya mengejutkannya untuk solat subuh. Dia masih ingat senyuman manis Irdina waktu itu. Senyuman ringkas yang dihiasi lesung pipit di pipi kirinya. Sangat menyenangkan mata yang memandang. Shamill bingkas bangun menuju ke bilik mandi, mengangkat wudhu’ dan menunaikan solat Subuh. Usai solat dua rakaat itu, shamil berteleku memanjatkan doa pada Yang Maha Kuasa. Pintanya agar dia di beri kekuatan untuk mengubah perangai buruk yang sering menyakitkan hati Irdina, sahabatnya. Dia sangat tidak ingin gadis itu sakit, secara fizikal atau mental. Dia juga meminta dikuatkan hati untuk berjauhan dari Irdina sekiranya dia tidak mampu mengubah perilaku buruknya itu. 

“Ya Tuhan. Membayangkan terpaksa jauh dari Irdina pun sudah sesakit ini. Macam manalah keadaanku sekiranya berjauhan terus dari dia? Kau teguhkanlah hati ku untuk menunaikan janji yang telah kami persetujui ya Allah. Kau tabahkanlah hatiku.” Pinta Shamill bersungguh-sungguh. Sebak rasa di hati Shamill mengenangkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi.

“Oi! Yang kau senyum kambing seorang-seorang ni kenapa minah?” sergah Dahlia. “Takde apa-apa lah. Bila pula kau siap mandi ni? Aku tak dengar pun kau masuk dalam bilik?” tanya Irdina. “Memanglah tak sedar kalau kau dah sampai alam lain.” Irdina hanya tersenyum mendengar jawapan sinis dari bibir mungil Dahlia. “Aku masih kat sini lah. Mana aku nak terbang cik adik? Lain la kalau aku macam si Dahlia tu. Macam-macam tempat aku nak pergi. Sekejap je dah sampai United Kingdom. Ikut pakwe kau yang jauh di mata dekat di hati tu.” Dahlia berteriak mendengar jawapan dari Irdina. Masakan tidak, hajat di hati mengenakan orang, batang hidung sendiri yang terkena. Tawa riang kedengaran dari bilik mereka. 

Tok..Tok..Tok.. Ketukan di pintu kamar mereka kedengaran. Irdina menyusun langkah menuju ke pintu dan membuka daun pintu. Kelihatan Anisa, pelajar tahun ketiga di university yang sama berdiri di muka pintu. “Oh, Kak Nisa. Ada apa ya?” tanya Irdina. “Hmm..korang tengah buat apa ni? Bunyi macam seronok je akak dengar dari luar tadi.” Tanya Anisa. “Ohh..bising sangat ke? Sorry sangat akak. Tak sedar pula. Tengah bergelut dengan si Dahlia ni tadi. Tak sedar pula dah buat bising. Sorry sangat.” Terang Irdina. “Hmm..takdelah bising sangat. Cuma akak baru je nak start study ni. Kalau macam tu takpe lah. Akak balik bilik dulu ya.” Jawab Anisa berhati-hati. Cuba tidak mahu merosakkan suasana harmoni antara mereka selama ini. Walau kadangkala kelakuan mereka memang menyakitkan hati. “Hish. Ni kau la ni Dahlia. Kan Kak Nisa dah datang ketuk pintu bilik. Dah. Aku nak pegi mandi ni.” Bebel Irdina sebaik sahaja Anisa berlalu.  

Mereka menuju ke kampus setelah semua orang bersedia. Setiap dari mereka melangkah ke bilik kuliah masing-masing dengan semangat baru dan azam baru. Itulah kebiasaan mereka berdua. Di kelas mereka masing-masing menumpukan sepenuh perhatian. Cuba menangkap setiap patah perkataan yang diucapkan oleh lecturer. Setiap ucapan lecturer itu penting. Untuk panduan menghadapi ujian nanti, juga untuk menjalani ujian yang lebih besar lagi. Setelah bergelar seorang doktor. Farah tidak pernah termimpi untuk menjadi seorang doktor sebelum ini. Dia sebenarnya lebih gemar subjek-subjek yang banyak bermain dengan nombor. Matematik, Fizik. Baginya jauh lebih rasional dan ada jawapan yang pasti. Tidak seperti biologi dan kimia. Membaca buku dua subjek itu bagaikan membaca buku cerita. Terkadang, bagai terdengar-dengar suara ibunya membacakan cerita Cinderella; cerita yang wajib dibacakan padanya setiap malam sebelum masuk tidur. Baru sahaja membaca dua halaman, dia sudah terlelap. Memang tersiksa nak khatamkan satu buku teks tersebut. Tapi tak disangka, akhirnya dia tersangkut dengan dua subjek yang amat membosankannya. Biologi amat perlu untuk dia memahami tubuh manusia. Kimia sangat perlu untuk dia memahami cara ubat bekerja untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Kini, perlahan-lahan dia mula belajar untuk mencintai bidang yang dipilihnya. Memang susah. Tapi dia percaya dia boleh lakukannya. Bagi Irdina pula, subjek-subjek yang dipelajarinya kini memang menjadi subjek pilihannya sejak di sekolah menengah lagi. Dia sering saja menjadi pelajar terbaik untuk subjek biologi dan kimia di sekolahnya. Jadi tidak hairanlah kalau perubatan menjadi kursus pilihannya. Pekerjaan ayahnya sebagai seorang doktor banyak mendorong dia memilih cita-citanya itu. Dia ingin menjadi seorang ahli masyarakat yang baik dan sentiasa menolong masyarakat sekeliling seperti ayahnya.


nukilan saat bosan #2

Kenapa mencinta jika hati tak bakal setia..
Kenapa menduga bila jawapan di depan mata
Kenapa bicara bila hati tak sekata
Jodoh itu bukan milik kita
Mudah lidah menutur bicara
Ungkapan biasa diakhir jalan
Bisakah merawat luka
Bisakah membuat redha
Memang..
Kau bukan pemilik mutlak hatimu
Hari ini begini esok mungkin begitu
Pada siapa salah diletakkan
Pada siapa dendam disalurkan
Oh, hati..
Duhai pemegang hati..
Peliharalah hatiku
Agar tak kecundang sebelum waktunya
Agar terpelihara untuk yang satu
Kau..
Bakal pemilik hati
Dengan setia kunanti
Peliharalah jua hatimu
Nantikan hatiku..
Agar dapat kita

Sempurnakannya bila tiba waktu

Ahad, 15 September 2013

comeback

Ahaha..
Sekian Lama tak menulis di Alam Maya..
Well..I'm wondering what should I write here...should I talk about this or should I discuss about that..hurmm..well..I decided to talk about my new love..
MBLAQ...or their full name..
Music Boys Live in Absolute Quality...
They're talented..honest..and good looking..
My biases is Yang Seungho..
He really is mature..multitalented..and perfect...
He's not so good-looking but I fell in love with his personality..
The way he sings while stroke the key of piano..
Just melt my heart away....haha
Seriously..this type of person does exist in this whole world...
And..another bonus mark for him...
Honesty..I really do live honest and hardworking guy..
I love you Yang Seungho...
Hehe...

Ahad, 28 April 2013

~wonder~

today, as I finished my assignment..
I'm thinking.. What should I write for my entry..

Then I watch Cinderella Sister for a while..
I thought.. Why love in dramas so complicated?
Why human should suffer for love?
It isn't fair.. each and every person deserved to loved..
deserved to be loved.. and deserve happiness..

then why the writers make them suffer a whole lot before they can be happy?
Why? Why?
My heart aches as I watch the drama..
Most painful moment is when their father passed away..
Why? Well I am fully aware what the feel should be..
When you lost your father..

Father..
Someone whom you can always rely to..
Someone whom wash away your pain..
Someone whom crush all your worries and fear..
Someone whom always have your back..
Someone whom you always know will be there when you turn to him..

That person..
Someone we really need in our life..
I really miss my dad..

제발..돌아와

I'm crazy..

Then I realized.. why writers always do that..
Because it will make a good read..
Irony.. People love to see others suffering..
Where's humanity?


Sabtu, 27 April 2013

~~2nd Autopsy Experience~~

This time we're summoned by HTF's Forensic Doctor for autopsy..
And they called us at 2AM!! mentioning 2AM remind me of Kpop band with sweet voices.. Love you all 2AM members.. :-)

Okay, lets us continue with my second autopsy experience.. though the doctors has told us that they will call us even after midnight, I never expected to get one! Anyhow, we all managed to get up even our sleepiness were consuming our energy. When we arrived at the Forensic Department, I saw a body covered with black plastic on a stretcher. So I thought to myself, is that the body that we should involved in autopsy procedure later? We're asked to wait for a while, then they gave us appropriate apron, shoe cover etc to wear while following the procedure.

Not long after that, the procedure begin. Last time I didn't get the chance to see how the incision was done cause we're late remember? This time we saw the whole procedure. External examination done and deceased's clothes were removed. Everything written down to complete the report that will be passed to police department later. Incision done and doctors started to inspect internally. Every significant details that explains deceased injury noted down. Once again, smell of the blood make me retching. I hold myself to respect the deceased.

The doctor was generous enough to teach us technically how autopsy was done. There are several other things that he taught us that morning. I am grateful toward you doctor. Thank You so much. Everything was settled around 4 in the morning and we started to went home. We stopped by at KFC to buy some food and drinks.

That's all..as usual details of injury are not supposed to be attached here and I hope you all understand..In conclusion, this is  a field that is not bad to be in to. :-) -forensic department-