Ahad, 10 Mac 2013

cinta & sahabat pt 1

yeayyy..entry ke 5..haha..kali ni cuba teka apa yang aku nak bagi korang baca..?
kisah ni lama dah aku garap..
cuma hilang idea di tgh jalan..
hehe..takat ni aku pun ttau lagi apa nak smbg..so..try la bce..
kalau agak2 ada idea nak sumbangkan..leyh tolong..
idea anda sangat dialu2 kan.. :-)




Kata orang, cinta itu buta. Kata orang cinta tu macam dalam syurga, tapi pernahkah orang tu masuk syurga? Walau apa pun yang orang cakap, setiap orang ada definisi cinta yang tersendiri, termasuk lah aku. Sebab cinta tu abstrak sifatnya. Sama macam definisi cantik, kacak dan baik. Terpulang pada orang yang menilai dimana nak letak sifat tu semua. Bercerita tentang cinta..macam mana nak tahu kalau kita ni dah jatuh cinta ye? Ada tak apa-apa petanda yang boleh dijadikan panduan? Aku cari dalam majalah, dia ada bagi soalan-soalan. Aku jawab, tapi macam tak betul je.sampai sekarang aku masih confuse dengan hati aku. Bila aku tanya pada mak, dia jawab “sentiasa dengar kata hati. Sebab cuma hati kita faham apa yang hati kita nak.” Betul juga tu. Tapi, sampai sekarang aku tak dapat nak pastikan apa kata hati aku yang sekeping tu. Walaupun hati aku tu cuma sekeping, tapi paling susah nak handle. Macam mana ye? Aku selalu je tertanya-tanya. Tapi macam apa yang mak aku kata, Cuma hati aku je yang faham apa hati aku nak. So, aku kena la sabar sikit. Mungkin tak lama lagi aku akan dapat dengar apa yang hati aku cuba bagitau kat aku. Betul tak? Hmm... hari pun dah larut ni. Mata aku pun dah macam ada segugus rambutan yang bergayut kat kelopak mata aku. Kena tidur ni. Kalau tak, alamatnya tertidur la aku dalam kelas Prof. Kamalia nanti. Bahaya..bahaya..okeylah..tidur dulu..good night...=)
                                                                                                 15 ogos 2006



Farah menutup diari kesayangannya dan bangkit menuju ke katilnya untuk melelapkan mata, letih seharian bertungkus lumus menyiapkan assignment yang perlu dihantar esok. Farah memang begitu. Sering menyiapkan tugasan di akhir waktu. Selagi nyawa belum dihujung tanduk, tiada ilham yang datang katanya. Mujurlah sempat disiapkan. Belumpun seminit Farah meletakkan kepala di bantalnya,dia sudahpun lena diulit mimpi yang entah apa-apa intisarinya. Sejurus selepas itu kedengaran dengkuran halus yang menyertai bunyi unggas yang bersahut-sahutan mengalunkan zikir pada malam itu.

“Farah, bangunlah. Lewat dah ni. Kau nak bangkit pukul berapa? Kau kan ada kelas pagi ni.” Keras kedengaran suara Ain mengejutkan Farah pagi itu. “Pukul berapa dah ni?” Tanya Farah yang baru terpisat-pisat bangun. “ Pukul 8 pagi dah ni. Cepat pergi mandi sana. Nanti kalau dah kena sembur dengan Prof. Kamalia jangan nak mengadu kat aku.” Arah Ain tegas. Farah memang perlu dilayan begitu. Kalau tidak, tak bergerak lah dia dari katil jawapannya. Farah siap berpakaian dan bersedia dalam masa dua puluh minit. Perjalanan dari rumah sewanya ke fakulti mengambil masa 15 minit. Sempatlah dia singgah ke kafetaria untuk mengalas perut.

“Farah! Mari lah duduk sini.” Panggil Syazwan teman sekuliah Farah. Farah menyusun langkah kakinya menuju Syazwan dengan pantas. Perutnya pun sudah mendendangkan irama melayu lama. Merayu-rayu minta di isi. “ Kau nak makan apa ni?” Tanya Syazwan. “ Macam biasalah. Mee goreng dengan Nescafe O.” Jawab Farah ringkas. Dua hidangan itu bagai telah menjadi menu tetap untuk makan paginya. Selesai menjamu selera mereka mengatur langkah pantas ke bilik kuliah. Terlewat saja mereka, terlepaslah kuliah pagi itu. Kehadiran amat penting kerana semua itu dikira sebagai markah untuk dijumlahkan dengan markah peperiksaan di akhir semester. Mereka mendengar setiap patah perkataan pensyarah mereka dengan tekun. Cuba menumpukan sepenuh perhatian pada topik yang dibincangkan pada pagi itu.

Di satu sudut kelas kelihatan seorang pelajar yang tidak mampu lagi menahan kantuk yang menyerang mata. “Baiklah, saya kira setakat ini saja kuliah saya. Ada apa-apa yang kamu semua nggak ngerti atau butuh penerangan lanjut dari saya?” tanya Prof. Kamaliah sebagai tanda kuliah mereka pada hari itu telah berakhir. Prof. Kamaliah mengatur langkah bertenaga menuju ke pintu kelas apabila semua pelajarnya dilihat menggelengkan kepala dan sibuk mengemas beg mereka menandakan mereka sudah begitu tidak sabar untuk pulang ke rumah masing-masing.

Di hujung sudut kelas itu kelihatan seorang pelajar yang masih dibuai mimpi. Mungkin terlalu letih untuk mengekalkan mata yang segar terbuka semasa kuliah panjang dari Prof. Kamalia tadi. “Woi mangkuk! Bangunlah. Kau nak tidur kat sini sampai esok pagi ke?” kata sahabatnya yang turut menuruti pelajar-pelajar lain yang sudah bersiap untuk pulang. “Hmm. Dah pukul berapa ni? Dah habis kelas ke?” jawab pelajar yang baru terpisat-pisat bangun dan menggosok-gosokkan sepasang matanya yang bundar dan dihiasi dengan bulu mata yang panjang melentik. Cukup indah ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa. “Ada la dalam setengah jam dah habis kelas. Ikutkan hati aku malas nak kejut kau tadi. Selamat aku berhati mulia hari ini.” jawab si sahabat yang masih setia menanti nya. “Hehe..sorry lah. Aku tertidur masa kelas tadi. Mengantuk gila kot. Tak tahan mata aku. Suara prof tadi tu dah macam lullaby aku dengar. Lagilah panjang lena aku. Tak sedar pun kelas dah habis.” terang pelajar itu sambil tersengih. “Dah..dah. Cepat bangun. Tak usah lah kau nak tersengih-sengih macam kerang busuk kat situ. Bukan lawa pun. Huduh lagi adalah. Jom balik. Cari makan. Aku dah lapar tahap babun dah ni. Babun pun tak pernah kelaparan macam ni sekali kau tau tak?” bebel si sahabat panjang lebar. “Haha. Yang ni lawak. Macam kau tau hidup babun macam mana. Kau dah buat penelitian kat babun-babun yang ada kat Malaysia ya?” jawab pelajar itu dengan senyuman yang melebar. “Sudah! Kau tak payah nak banyak bunyi kat situ. Cepat. Sekejap lagi pak guard kunci kita kat dalam ni baru kau tau.” jawab si sahabat tadi dengan pantas. “Haha. Tak mau lah. Ingat aku dah takde rumah ke yang nak merempat kat sini?” jawab pelajar tadi tanpa berfikir panjang. Usai mengemas apa yang patut mereka berdua dilihat berjalan seiringan menuju ke kedai makan berdekatan untuk mengisi perut.

Kafetaria kelihatan lengang pada hari itu. Mungkin pelajar-pelajar lain lebih selesa untuk mengisi perut di rumah sahaja. Kedua-dua pelajar itu menuju ke meja yang sering mereka duduki sekiranya mereka menjamu selera di situ. Si sahabat terus sahaja menuju ke kaunter dapur untuk memesan makanan dan minuman. Pelajar tadi terus membuka sebuah buku yang bertajuk “Obstetric and Gynaecology at a Glance”. Buku nipis yang sering dibawanya sejak dia bergelar pelajar tahun kedua fakultas kedokteran di Universitas Sumatera Utara. Mudah untuknya mengulangkaji pelajaran di mana-mana dan pada bila-bila masa.

“Kau nak makan apa? Aku tak order sekali untuk kau tau. Tak tau apa kau nak.” beritahu si sahabat setelah dia kembali dan melabuhkan punggung ke tempat duduknya. “Tak apa. Aku puasa hari ni. Kau makan sajalah.” jawab pelajar tadi tanpa mengalihkan sepasang mata indahnya dari buku yang sedang dibacanya. “Oh. Kenapa tak cakap awal-awal? Aku tak tahu pula kau puasa hari ini.” tanya si sahabat tadi. “Dah tu. Takkan aku nak kena bagitau, minta izin pula. Bukannya kau suami aku yang aku nak kena bagitau dan minta izin segala sebelum puasa sunat.” jawab pelajar tadi dengan nada selamba. “Haha. Sekarang memang bukan. Atau lebih tepat istilahnya belum lagi. Tapi boleh juga kalau kau nak practice awal-awal kan. Nanti bila dah kahwin takdelah kau terlupa nak minta izin dari aku sebelum puasa.” jawapan yang lebih selamba lagi kedengaran keluar dari bibir sempurna si sahabat. “Nak mampus? Tak ingin aku kahwin dengan kau. Huh.” balas pelajar tadi dengan hati sesal. “Haha. Ambik kau. Nak sangat pekena aku. Aku memang pantang. Mak aku pesan, kalau ada orang yang 'menjual' aku kena la 'beli'.” balas si sahabat dengan tawa yang tidak tertahan dan senyuman yang makin melebar. “Sudah-sudahlah tu ketawa. Seronok kau ya dapat kenakan aku. Tersedak nanti makan sambil gelak. Cepat habiskan makanan kau tu. Aku nak kena balik dan masak untuk berbuka puasa pula ni.” kata pelajar tadi tenang. “Uhuk..uhuk..uhuk. Sejak bilalah pula Dr.Irdina Maisara kita ni pandai memasak? Tak percaya lah aku. Tengok ni. Sampai tersedak aku dengar lawak kau yang tahap boleh menang pertandingan Raja Lawak Astro tu.” tanya si sahabat dengan gelak tawa yang masih bersisa. “Eh. Lupa pula yang aku ni tak pandai masak. Almaklumlah, kat rumah semua bibik yang tolong sediakan. Tu yang tak pandai tu.” jawab Irdina tadi dengan nada sinis. “Laa..macam tu pun nak marah ke? Relax la kawan. Macam baru hari ni kita kenal satu sama lain. Kau kenapa nak marah-marah ni? PMS ke apa?” tanya si sahabat tanpa berlapik.

“Celaka la kau ni. Takde insurans eh mulut kau tu? Mana ada aku marah-marah. Aku belum marah lagi tadi tu. Sekarang ni ye aku nak marah kat kau. Bukan kau tak tau aku pantang cakap pasal benda tu kat lelaki. Memang saja cari masalah kau ni ye.” pantas kata-kata kasar keluar dari bibir munggil milik Irdina. Hilang sinar kelembutan, diganti dengan aura kemarahan terpancar dari mata Irdina. “Wey, sorry la Dina. Aku lupa pula tadi. Aku minta maaf sangat-sangat. Tak sengaja terkeluar.” Pohon si sahabat bersungguh-sungguh. “Ah. Sudahlah. Insan yang namanya Shamill Irwan memang macam tu. Senang-senang saja buat salah lepas tu minta maaf. Kau ingat maaf boleh selesaikan semuanya ke? Muak dah aku dengar kata maaf dari kau.” balas Irdina dengan nada tegas yang mengerikan. Seolah-olah tidak mahu lagi menjalin persahabatannya dengan Shamill. “Dina. You can't be serious. This must be another joke from you. Right?” tanya Shamill dengan perasaan bercampur baur. “No Shamill. I have had enough from you. I just don't think I can take it anymore. Each and everytime you make mistake you just ask for an apologize. Fine. Your apologize accepted and some other time you will repeat the same mistake. Again and again. When will you grow up and realise that life isn't that easy?” terang Irdina dengan penuh perasaan sebal. Shamill diam membisu di tempat duduknya. Makanannya yang masih tinggal separuh dikuis-kuis perlahan. Seolah-olah tidak lagi berselera untuk meneruskan suapan. “Kau nak makan lagi tak?” tanya Dina apabila tangan Shamill dilihatnya cuma mengusik-usik makanan kegemarannya. Selera Shamill tampaknya sudah hilang. Shamill mengangkat wajahnya dan memandang wajah Dina. Mencari makna kata-kata Dina tadi.


any comments or suggestions sgt lah dialu2 kan...
baru nak belajar la katakan.. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan