Sabtu, 9 Mac 2013

isu semasa 2013

Assalamualaikum..hello..hai..안녕

lama..memang lama dah tak menulis di diary maya saya ni..
busy sikit sejak 2 menjak ni..
awal tahun 2013..kita semua dikejutkan dengan berita pencerobohan sabah oleh kumpulan pengganas Sulu
bermula dari itu..mulalah timbul lagi provokasi2 dari rakyat2 negara lain..
malaysia dikecam dengan kata-kata nista..
rasa sayu, pilu  dan terkilan...
sebagai rakyat malaysia yang sentiasa sayangkan malaysia
saya tak faham kenapa semua ni terjadi..mungkin salah saya jugak tak belajar sejarah betul2 dulu
saya akui saya memang jahil bab2 ni semua so tak berani nak komen lebih2..
tapi still, saya betul2 tak faham dengan mentaliti orang2 yang buat perangai macam ni..
kenapa lah kite negara2 yang berjiran ni tak boleh hidup aman damai tanpa rasa dengki atau hasrat ingin menjatuhkan orang lain?
negara kita ni dah la kecil je..tak besar mana pun..
salahkah kalau hidup rukun damai?
sesungguhnya saya benci keganasan dan perperangan..
semua tu tak bawa kita kemana2..
sebagai manusia yang mengaku diri sudah bertamadun..jauh bertamadun dari zaman pra-sejarah dulu..
tidakkah rundingan itu jalan terbaik?
mengapa mesti gunakan kekerasan?
tidakkah kita sedar? kekerasan itu hanya membawa kebinasaan..kepada kedua2 pihak..
tiada yang beruntung kalau kita kekerasan dah terlibat..
lihatlah apa yang terjadi di lahad datu,sabah..tidakkah kasihan melihat para isteri menjadi janda..
anak2 menjadi yatim hanya kerana kerakusan manusia..
mana pergi belas kasihan dan rasa kasih sayang sesama kita manusia?

sudah letih akalku ni memikirkan..
sebab paling bernas kenapa mereka hingga sanggup melakukan perkara terkutuk tu..
tapi masih tak dapat jawapan..
kalaulah pengganas tu boleh membaca dan mengerti luahan hati saya ni..
alangkah bagusnya...

akhir kata.. al-fatihah pada bunga2 bangsa yang gugur mempertahankan kedaulatan tanah tumpah kita..
jasamu kami kenang hingga ke akhir hayat..
terima kasih perwira nusaku.. :-)
semoga rohmu tenang dan damai di sana.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan