Selasa, 2 April 2013

bertempatkah malumu itu?

baru je tadi terbaca artikel pasal seorang penceramah bebas menegur seorang wanita yang gemar membuat video miming lagu yang pelbagai..dan teguran itu di balas dengan jawapan yang tidak berapa kena pada pandangan saya..katanya malu biar bertempat..dan soalan yang menjadi judul post saya kali ini pun..sememangnya ditujukan pada beliau..saya rasa hairan dengan jawapan yang beliau berikan..bagaikan hanya berkata2 tanpa berfikir..di sini saya ingin mengenengahkan beberapa isu..maaf kalau bahasa saya kurang mengikut tatabahasa dan peradaban bahasa melayu kerana saya memang bukan pakar dalam bahasa..berikut adalah apa yang muncul di benak saya sewaktu membaca artikel tersebut..

1. Malu memang biar bertempat..tapi bertempatkah malumu itu?

- teguran penceramah itu berdasarkan soalan hamba Allah..apa hukum seorang wanita membuat video seperti itu. Harus diingat, teguran yang penceramah itu catatkan pada komen tersebut hanya bersangkutan dengan perbuatannya menghasilkan dan menmuat naik video tersebut untuk tontonan umum. tidak sekali pun dia menyentuh tentang malu dalam urusan kerjayamu.-

2. Dirimu membawa palit dalam perguruan?

- Mari kita renung sejenak. Sebagai seorang manusia sememangnya kita harus menunjukkan akhlak mulia. Jika bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri. lebih-lebih lagi anda sebagai seorang guru. Pernahkah anda terfikir apakah yang tercanai di minda anak2 murid anda apabila guru mereka menunjukkan perrilaku sedemikian rupa? Saya pasti anda melakukan kegiatan hobi anda diluar waktu bekerja. Namun gelaran guru anda tidak terlucut saat anda melangkah keluar dari kawasan sekolah. Apa ertinya? Maksudnya anda haruslah berperilaku sesuai dengan gelaran anda. Jangan bersungut sekiranya suatu hari nanti anda dapat lihat   pelajar-pelajar anda turut memuat naik video yang pada penglihatan anda tidak begitu manis di pandangan mata. Sebaliknya cuba fikir dari mana mereka dapat idea untuk berbuat sedemikian.-

3. Ini hobi, memberi anda keyakinan dan tenaga?

- Setiap insan berhak untuk melakukan sesuatu yang digemari pada waktu senggang. Itu hak anda. Malah saya turut gemar membuat video yang pelbagai. Saya cukup faham perasaan menonton video tersebut. Memang saya sukakannya. Namun cukuplah hanya untuk tontonan sendiri. Tidak perlu kongsikan segalanya dengan orang awam. Itu pendapat saya. Dan bukankah itu turut dapat membantu diri anda dan manusia sejagat? tidak saya nafikan ada insan yang terhibur melihat keletahmu. Namun pernahkah kamu terfikir insan2 yang meluat menonton video tersebut? Saya pasti kamu akan katakan kalau meluat tidak usahlah tonton. Tapi, lakukan lah juga bahagian kamu. Agak2 sudah berapa bakul kata kejian yang dilemparkan terhadapmu? Daripada kamu menyakitkan hati mereka dan hati kamu juga kelak, lebih baik usah dimulakan rantai perbuatan kejian dan menyakitkan hati kesemua pihak ini.-

4. Dia tidak mengenalimu maka tidak berhak berkata sebegitu?

- fikir-fikirkan lah siapa yang mula membuka jalan agar orang lain berbicara mengenai dirimu?-

5. Mereka yang tidak melatih pelajar membuat persembahan perlu tutup mulut?

- Assalamualaikum..Cikgu-cikgu saya pun ramai yang train saya buat persembahan. Tapi cukup sampai latihan. Tidak perlu di panjang-panjangkan ke media lain. Mereka juga tidak pernah membuat video sebegitu. Jujur saya katakan saya malu kalau dapat tahu ada antara guru saya yang tega berperilaku sedemikian-

6. Yakinkah kamu kamu masih membujang kerana sifat malumu itu?

-Jodoh, rezeki, ajal semua di tangan Dia yang Maha Esa, namun kenang lah kembali soalan ku ini. Rasanya tidak perlu komen panjang2 tentang isu ini.-

Sekian, pada insan yang berkaitan.. renung-renungkan lah ye.. Saya pun bukanlah insan yang sempurna.. Saya juga sedang berusaha melakukan yang terbaik.. Untuk menjadi antara yang terbaik.. Sama-samalah kita renungkan.. Teguran ini untuk semua wanita.. Juga boleh di ambil oleh sesiapa yang berkenan.. maaf.. Saya tahu teguran ini melukakan.. Namun berkatalah benar walaupun pahit..

sekian terima kasih.. Marilah kita bersama-sama berusaha menuju jannah-Nya..

:-) :-) :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan