Ahad, 7 April 2013

POST-TEST

Hye semua kawan2 di luar sana...
Sekarang ni sedang rasa bosan melangit..
Baru je sudahkan assignment yg supposedly nak kena hantar & present esok..

Minggu depan final week untuk posting ophthalmology..
Bersediakah saya untuk post test?
Saya pun tak tahu..
Lepas ni nak kena prepare nak cakap apa waktu present esok pula..

Semua wish me luck ok..?

Hmm..sekarang ni sedang musim pilihanraya..
Semua orang sedang sibuk mengiklankan parti pilihan masing2..

Saya faham perasaan anda ingin parti yang anda sokong berjaya dalam PRU nanti..
Tapi usahlah sampai menjatuhkan pihak lawan..
Fitnah memfitnah usahlah dijadikan budaya..
Sesungguhnya semua inilah yang membuatkan ada golongan ketiga..
Golongan yang membenci semua orang politik..
Sesungguhnya politik itu bagus..
Demokrasi itu indah..
Sekiranya dilaksanakan sewajarnya..

Para bakal pemimpin, jika anda mempunyai waktu terluang merencana fitnah atau membuka aib & pekung orang lain..
Seharusnya anda punya waktu untuk merencana pelan pembangunan negara..
Serius, itu lebih dipandang mulia..
Usahlah merendahkan martabat anda menjadi manusia yang tidak bertamadun..

Saya yakin, andai politik negara ini bersih..
Demokrasi yang adil diamalkan..
Semua rakyat akan bersenang hati untuk mengundi..
Memilih yang berhak untuk diangkat menjadi pemimpin..

Tidak perlu ada exposure video mengarut..tak usah memacaikan orang lain..

Buat para penyokong juga..
Tidak usahlah fanatik..
kefanatikan anda membuat orang meluat dan jelik..

sekian saja nukilan saya untuk kali ini..
Sekian terima kasih..

Yang Mencintai Malaysia
PENULIS :-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan