Khamis, 18 April 2013

post autopsy

:-) mesti ramai terkejut baca title entry kali ni..
this time saya baru je masuk department forensik untuk clinical posting kami..

So, this morning kami dipanggil ke HSB, sebuah hospital di Alor Setar untuk melihat proses autopsy. Masuk saja dalam bilik bedah tu, bau hanyir darah menusuk ke hidung saya. 
Disebabkan kami sampai sedikit lewat, proses membuka mayat sudah pun bermula. Walaupun sampai lewat, doktor yang bertugas mengajar kami sangat memahami dan terus sahaja mengajar kami apa yang patut. Terima kasih doktor :-). 

Saya lihat mayat di atas meja bedah terbaring kaku. Apabila dilakukan pemeriksaan dalam, kami dapat lihat kecederaan yang dialami Si Polan. Doktor pun dengan baik hatinya menerangkan kebarangkalian kejadian yang menimpa Si Polan hingga meninggalkan kesan sedemikian. Doktor juga mengajarkan anatomy manusia kepada kami dengan jelas. Hehe. Baru lah rasa lebih bersemangat nak belajar anatomi. 

Kesimpulannya, rombongan kami ke HSB pagi ini sangat bermakna..walaupun lepas tu kami mula rasa mual bila terbau hanyir ikan.

p/s: Detail kecederaan Si Polan tidak dapat dikongsikan kerana bimbang mendedahkan rahsia jabatan. Please understand. Thank you. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan